Thursday, April 19, 2007

 

Plan Percutian 14hb-17hb Jun 2007

Orait.. harap maklum. Ade sedikit perubahan. Kami telah mencadangkan 2 option untuk percutian bulan Jun ini. Option pertama: Kota Kinabalu, Option Kedua: Redang Island.

Tarikh percutian tetap sama jugak, seperti berikut:
Tempoh percutian: 4 hari, 3 malam
Tarikh Pergi: Khamis, 14 Jun 2006
Tarikh Pulang: Ahad, 17 Jun 2006

OPTION 1: Kota Kinabalu
OPTION 2: Redang Island
Sila nyatakan pilihan anda dalam ruang comments.

Setakat ni, yang dah cakap OK nak join ialah:
1. Aku
2. Mel
3. Bebeh
4. Macho
5. Some
6. Bijan

Jadi aku menjemput sesiapa yg berminat untuk join trip ni. Ape2 boleh hubungi aku 012-3731376 atau Bebeh 012-2535780

Sekian, terima kasih
-Meor-

Tuesday, March 07, 2006

 

Ok.. What's Next?

Ok kanak2, picnic air terjun dah sudah. Pas ni ape pulak yer? Sape2 ade cadangan kemukakan la kat sini yer. Tak pun boleh bawak bincang semasa meeting kite tiap ari Jumaat. Pastu boleh lah bentangkan kertas kerja anda dekat sini, boleh la kite berikan apa input2 yg patut.

Aritu Bebeh ade cakap pasal mau main GoKart kat Alamanda. Cam best gak. Lain2 ade mau cadang pape? Picnic kat pantai plak ke, karok ke, paintball ke, gi some events ramai2 ke.. sile la kemukakan nyer. Pejabat dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Sekian, terima kasih.

Sunday, March 05, 2006

 

Gambar2 Sg. Gabai dah di upload

Anda semua boleh dapati gambar2 dari camera meor di fotopages budak2 tanjung.

Sekian, terima kasih

Saturday, March 04, 2006

 

Sg. Gabai.. SUKSES!!!

Akhirnye planning kite utk berkhemah, mandi manda air terjun, dan BBQ berjaye dilaksanakan. Aku boleh kate ianya 100% sukses, sbb makanan sumer habis, cooperation superb, chicks best, erk maksud aku ayam tuh best (hehehe). Tiada kemalangan besar berlaku sbb Penjaga keselamatan piknik kalinih, iaitu Puan Mel dan Puan-Soon-To-Be Suria berjaye mengwarning tindakan ganas bbdak nih mandi air terjun.

Oleh itu aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yg hadir, dan menjayakan program motivasi sg. gabai kita. Huhuhuhuh.

Gambar akan diupload oleh bbdak ni biler dah siap cuci (upload).

Monday, February 27, 2006

 

Sg. Gabai Trip Briefing

Ok people.. aku, Meor akan mengetuai convoy trip ke Sg. Gabai. I'll go straight to the point. Berikut adalah details rendezvous point:

Location: Stesen Minyak PROJET, Taman Connaught

Meeting Time: 0800 hours


Aku sertakan jugak map lokasi dekat sini. Harap maaf jika map aku tak berapa jelas, this is the best map I can find.. hehe.

PROJET ni sebelah dia ade McD and GIANT, so it is impossible to miss these landmarks. Untuk mereka yang datang dari arah KL, PJ (melalui Salak Expressway, Tol 50 sen) or dari Subang (melalui KESAS), anda kena buat U-turn di hujung jalan sebelum underpass, so the moment korang nampak PROJET on your right, keep to the right lane.

This is an outdated satellite feed untuk reference korang how the place looks like.

I remind you that you will need to be at the rendezvous location by 0800 hours. Convoy akan start bergerak at 0830 hours. Lewat, then akan kene tinggal.. heh.. Perjalanan convoy akan mengambil masa 45 minit. Estimated time of arrival ke Sg. Gabai ialah 0915 hours.

Any problems during that day, sila call aku on my mobile 012-3731376.

If you have no futher questions, then you’re dismissed.



New Intel!

Di atas permintaan, berikut adalah satellite feed lokasi Sg. Gabai. Memandangkan satellite feed ini agak tak jelas, lokasi sebenar Sg. Gabai tak dapat dikenalpasti dengan tepat. Jadi aku tandakan suspected area di mana terletaknye lokasi tersebut, setelah mengkaji beberapa peta2 lain.




Saturday, February 25, 2006

 

Report Scout Ulu Langat (Sg. Gabai)

Report kalinih aku tulis biase aje sbb tak byk kisah lucu. Lagipon ramai org komplen citer report sblom nih panjang, mengarut, tak kelakar langsung dan syok sendiri. Maka aku pon taknaklah tulis lagi camtu. Penat pon penat.

Ok ini reportnye. Kol 4 lebey (petang) kami bertolak drpd umah Lan ke arah Ulu Langat. Turut serta dlm ekspedisi adalah Wan dan Taufik. Wan sbg Drebar dan Taufik sbg Abg Ipar Lan. Dlm perjalanan Meor telah call dan memberikan direction shortcut. Ternyata ianya benar dah bagus utk dipakai.

Kira2 45 minit lepas tuh, selepas lalu di pekan Ulu Langat dan sbgnya, kire2 lg 7 km nak sampai ke Kg. Pangsun, kami sampai di jambatan belok kanan ke Sg. Gabai. Dlm 6km drpd persimpangan tuh, nampak sudah signboard masuk ke Air Terjun Sg. Gabai.

Parking di kwsn tuh kene bayar RM2 saje. Air terjunnye besar dan cantik, tp nampak merbahaya. Lalu kami pon panjatlah tangga yg ade utk survey kawasan atas. Memule nampak mcm senang. Tp rupenye tangga tuh panjang. Mcm panjat Batu Cave! Mungkin mudah bagi farouk dan jali..kot.

Kami berhenti beberapa kali mase naik tangga tuh. Nasib baik ade 2-3 view platform extend drpd tangga tuh. Leh aa amik nafas. Selepas 5-10 minit panjat, sampailah kami di puncak (bukan puncak tp air terjun yg official). Kawasannye cantik. Siap ade gelungsur air terjun diperbuat drpd batu2 secara semulajadi. Gelungsur tuh menghubungkan 2 kolam. Mmg cantiklah jugak. Cume kawasan tepi2 tuh dah agak lecak, dan terdapat sampah sarap kat atas tanah. Sigh...

Lepas diskas2 ngan Wan & Taufik, kami decide utk mandi manda dulu. Test air. Sejukkk. Maka mandi-manda lah kami yg kepenatan memanjat tangga...

Dah puas mandi, akhirnye dah pukul 6.30 ptg. Kami pon turunlah balik..sambil memikirkan camne nak buat time BBQ nnt. Tp biler dah sampai kat bwh, kami mengambil keputusan utk survey kawasan stream kat belah bwh2 pulak. Oh..rupenye masih ade lagi tpt camping/piknik. Maknenye takyah lah susah2 panjat tangga.

So kami decide utk mengadakan piknik kalinih di bwh saje, air terjun pon ade. Sape2 yg nak mandi kat atas, boleh naik dengan inisiatif sendiri. Nak makan kalu, sile turun bwh sbb kite akan base di bwh saje. Tmpt tuh dekat jer ngan tandas, kalu sakit perut, senang. Tp jgn risau, aku dah survey saluran tandas tuh, mmg die turun jauh ke bwh lagi. Lagipon saluran die dlm tanah, bukan ikut stream air.

Pastu kami pon balik dengan suka hati sbb takyah dah gi recce lagi. Lalalala.

Dengan ini aku mengumumkan kite akan berpiknik di Air Terjun Sg. Gabai Ulu Langat!!!

Trip Master baru kite adalah Encik Meor. Sbb die duduk kat Cheras dan situ plg dekat ngan ulu langat bagi penduduk2 KJ, Subang, Damansara dan sebagainye. So sile check ngan Meor camne trip korang pada pagi 4 Mac nnt. Meor akan kasi explanation yg lengkap lagi berguna serta time2 yg diperlukan utk korang jumper di checkpoint.

Ini adalah list2 terbaru sape yg nak pergi (dan dah bayar aku boldkan namenye)..

1. Lan - paid
2. Wan
3. Shaheeran - paid
4. Kerol - bwk kapel (azni) - paid
5. Bebeh - paid
6. Farouk - bwk kapel (ayu & kwn ayu sorang lg..)
- paid
7. Yap - paid
8. Meor - bwk bini (mel) - paid
9. Macho - bwk "kwn" (name tak tau lagi, dan tak konfom lagi ikut ke tak) - paid
10. F.A - paid
11. Taufik - bwk kapel (firuz) bwk member (Ahmed) - paid
12. Aan - bwk tunang (suria) - paid
13. Jali si jali-jali
14. Nizam - tibe2 ade hal plak..so kene reconfirm..
15. Rimau - bwk awek (tak kenal) - paid

Utk pembayaran, sile buat secepat mungkin! Sebelom hari Khamis bersamaan 2 Mac. Meaning korang KENE SETELKAN BAYARAN PALING LEWAT HARI RABU 1 MARCH 2006!!! Nnt payah aku nak beli makanan kalu korang tak bayar(atau lewat). Bayaran masih RM15, kalu nak kene tambah aku akan inform di sini.

Orite? Kapish? good...


Monday, February 20, 2006

 

Report Scout Ulu Yam

Amaran: Post kali ni super panjang, name pon report. Bace lah dengan slow2 walaupon mengambil mase 2-3 hari utk habis..

Assalamualaikum kawan-kawan!!! Sorilah aku lambat sikit nak tulis report ni, byk keroje lah gue. Arinih baru aku ade mase nak nulih. Seperti ramai sedia maklum, piknik kite di janda baik mungkin kensel tempatnye, bermakne kite kene carik tpt lain sbg pengganti. Walaubagaimana pon perkare2 lain masih same, seperti duit bayaran, sape yg nak join tuh, nak mkn aper dan sebagainye.

Baiklah, utk report scout ini.. pada hari khamis yg lalu bersamaan 16 February 2006, Empayar Tanjung telah menghantar 4 org paling berpengaruh di dalam organisasinye utk menjalankan tugas2 recon. 4 org tersebut adalah..

Kapten Nadlan - the best kapten, mampu menghasilkan analisis2 di luar dugaan, dan mendapat kepercayaan sepenuhnye drpd ahli2 tanjung yg lain. Beliau juga seorang yg optimistik, tegas, dan pandai membuat decision-making terutamanya yg memerlukan risiko.

Radioman Taufik - merupakan org kanan yg boleh dipercayai. Kengkadang radioman taufik akan mengambil alih command jika diperlukan (walaupon selalunye tak perlu). Radioman Taufik ditugaskan utk menjadi fotografer sementara pada hari scouting ini, dan die juga merupakan navigator (dengan turun dan bertanye pada org lalu lalang).

Sarjan Wan a/l Roseli - ditugaskan utk menjadi driver tank kami. Skilnye dlm bidang pemanduan kereta kebal amat sesuai digunakan nak-nak lagi kitorang akan masuk hutan. Beliau juga seorang yg cekap membace map supaya tak sesat barat nnt.

Org Asli Bukit Tabur, Encik Nizam - die ni org baru dlm organisasi tanjung. Tp skil trekkingnya dlm hutan mmg takleh disangkal lagi! Dengan hanya bersinglet apek dan berboxer cabuk, Encik Nizam berjaye membawa kami masuk ke dalam hutan yg tebal, dengan senang (sikit).

Kenderaan Scout - Belalang Tempur WX 8000 special Edition TRF Dual Power I/O Engine! Merupakan kereta kebal plg hebat dlm organisasi Tanjung ini.

So report scout bermula pada jam 7.30 pagi di mana Radioman Taufik pergi mengambil Kapten Nadlan di rumahnye. Kerane Radioman Taufik merupakan seorang..radioman (sigh..) maka terpakselah die call Sarjan Wan.

"SARJAN! AT EASE! Ko dah siap lom?"
"YES SIR! Aaa..kalu aku tak gi boleh tak?"
"Hoih ko jgn! Ko nak buat kapten mengamuk ker?? Cepat siap, kitorang nak gi rumah ko dah ni..lagi 30minit"
"Sigh..ok2..gimme 1 hour"
"SARJAN! DISPLIN SKET! MOVE UR ASS OUT!" teriak Radioman Taufik.
"AY AY SIR! IM SORRY SIR"

Radioman Taufik pon berpaling ke arah Kapten dan memberikan SITREP (situation report) secara ringkas. Kapten Nadlan mengangguk2..."Emm, die nak 1 jam, kite kasi. Die tak siap, kite gempur saje sarjan tu. Sementara tuh, moh brekfes dekat kedai mamak terdekat".

Selepas Brekfes, Kapten Nadlan dan Radioman Taufik bergegas pergi ke rumah Sarjan Wan. Ternyata die sudah siap dengan pakaian uniformnye (baju hawaii). Bagus la plak.

"Kapten! Permission to speak! Kapten!" kate Sarjan Wan.
"Permission Granted. Aper hal Sarjan?"
"Aku rase kite kene bawak gak org asli bukit tabur. Die pandai trekking. Die mungkin berguna nnt"
"Cun gak idea tuh. Radioman, jalankan tugas anda!"
"Baik Kapten!" patuh Radioman Taufik.

trutt..trutt...

"Ellow~ Org Asli Bukit Tabur, Nizam bercakap.."
"Di bwk akta Piknik Scout 8.1 klaus 3a, anda diarahkan utk mengikut scout team utk tgk tmpt air terjun! Anda tidak berhak utk menolak, apatah lagi utk melawan. Segala kata-kata anda boleh dibawak ke mahkamah jika didapati offensif" terang taufik panjang lebar.
"Erk..baiklah..akoo ikut korang."

Maka bermulalah ekspedisi scout pertama pada hari itu. Tp sbbkan Sarjan dan Org Asli tak brekfes lagi, terpakselah kami berhenti utk brekfes kali kedua di Kelana Jaya. Sementara tgh brekfes second time tuh, segala checklist telah dicheck semula. Sumer ade..bagus.

"Kapten, kite nak pergi scout mane ni?" tanye sarjan.
"Emm, Mengikut Intelligent Dept, dekat Ulu Yam ade tpt air terjun. Namenye Sg. Sendat". terang kapten.
"Oh, bukan kat situ mmg dah ade air terjun ker? tak best aa situ" sampuk radioman.
"Bukan yg biase tuh. Yg biase tuh mmg tak best, ini yg dlm hutan sket. Ko igt aper tujuan kite bwk Org Asli ni..." kapten menerangkan situasi sekali lagi.
Org Asli Bukit Tabur hanya mampu tersenyum...

Pukul 12.30 tghari.

Radioman Taufik bersungguh2 mengatakan die tau jalan masuk alternatif ke Ulu Yam. "Sarjan! Ko masuk dekat Taman Melawati (eh ke Taman Melati..tak igt lak). Dekat ngan Giant. Nnt ko masuk kanan..kite leh jumper Dam (empangan), lepas tuh ikut susur alur Dam tuh, jumperlah Ulu Yam". "YES SIR!" patuh Sarjan Wan.

Lepas pusing2 selama 30minit, tak jumper gak jalan masuk ke Ulu Yam. Ah, jgn kate jalan masuk, batang hidung Dam pon tak nampak. Yg ade loji najis aje.

"Haaa aku nampak tuh!" jerit Org Asli Nizam.
"Mane? Mane?" tanye Kapten.
"Tak2..aku nampak Bukit Tabur. Yer laa..inilah Bukit Tabur..kampung aku." kate Org Asli Nizam.
"Hampeh.." serentak Kapten, Radioman dengan Sarjan mengeluh.

Akhirnye kami terpakse jugak berhenti kat sebuah kwsn apartmen, utk bertanye pada Pak Guard di situ..Radioman & Org Asli turun utk bertanye.

"Pakcik, mane nak carik jalan pergi Dam?"
"Hoh, guano mung. Sini mung ikut *instruction jalan ke Dam, yg tak berapa kedengaran*".
"Pakcik, sini dah dekat Bukit Tabur kan? Camne nak gi Ulu Yam?" tanye Org Asli.
"Haih, dok tahu pulok bukit tabur. Kalu gi Dam, bulehlah. Gi Ulu Yea (ulu yam) dokleh ikut sini. Jumper Dam, tp dokleh gi seberang" terang pak guard.
"Habih guano pakcik"
"Kuar balik masuk jalang besar, mung gi tang kanan, arah batu cave. Jumper tpt berhala besar tuh. Amik tang kanan..masuklah jalangnye"
"Ok2..makasih pakcik".

Masuk2 jer dlm kete, Radioman dengan Org Asli dua-dua kene ketuk kepala. "Aper ni, kate tau jalan alternatif?? Mane korang dapat Intel ni..?" marah Kapten.

Serentak dua2 ekor tu menjawab "Maaf Kapten. Tak akan berulang kembali kesilapanku".

Lepas puas pusing2, akhirnye kami jumper jalan nak masuk Ulu Yam. Itupon pasal Sarjan Wan kate die pernah datang. Mungkin melawat berhala besar tu kot. Tak tahulah.

1.15...

"Kapten! Permission to speak! Kapten!" pinta Radioman.
"Permission granted. Aper die?" tanye Kapten.
"Aku rase baik kite beli lunch kite sblom masuk. Nnt dah sampai boleh trus ngap jer. Lepas mandi manda..hins hins" merah muke Radioman. Aku pon tatau aper die pikir mase tuh.
"Menarik idea kamu Radioman. Ok Sarjan. Pergi carik restoran atau kedai yg berdekatan. Kite berhenti bungkus makanan." arah Kapten.
"Baik Sir!" berdesup kereta kebal dibawaknye.

Dlm perjalanan mencarik restoran, kami melalui 5 buah sekolah yg bersusun sederet. Mcm kedai lak (Erk, ayat ini takde kene mengene dengan report scout...)

"Kedai ni boleh tak Kapten!?" tanye Sarjan bile die dapat jumper satu kedai makan.
"Belasah ajaaaa" serentak Kapten dan Radioman ckp. Org asli mase tuh tgh weng, rindukan Bukit Tabur...

Lepas dah bungkus makanan, dengan harge yg murah..berangkatlah kami ke dlm Ulu Yam. Jalan yg berliku2 dan berbukit bukau memerlukan Sarjan punye skill (konon). Dengan kelajuan 120km/h, Sarjan berjaye mengontrol Belalang Tempur WX 8000 special Edition TRF Dual Power I/O Engine dengan jayanya. Mase masuk td, Radioman telah memberi report waktu masuk 1.38.

Dlm perjalanan masuk, kami beberapa kali berhenti di tepi jalan utk bertanyekan ttg Sg. Sendat itu. Rata2 mengatakan jalan nak masuk agak thrill sbb tanah merah. Tp Intel kami bagitau arituh lain. Die kate sonang ajo. So kami belasah jugaklah nak masuk..

Di tengah2 perjalanan, kami sempat berhenti di Kawasan Perkhemahan Ulu Yam (yg official). Dan mase tuh hujan dah turun sikit2. Ni pasal sesat carik jalan alternatif lah ni...hampeh.

"Kapten, camne ngan air terjun sini?" tanye Radioman.
"Emm...." balas Kapten.
"Kapten, aku rase sini pon ok gak. Tp mcm kurang menarik. Parking pon payah..." kate Sarjan.
"Aku stuju dengan Sarjan!" kate Org Asli.
"Aku rase..sini tak boleh lah. Kate dah official. Konfom ramai nnt ari minggu" kate Kapten.

Pastu Kapten sambung lagi.."Lagipon, cube korang tgk anak tangga nak turun ke Air Terjun tu. Steep nak mampus. Kalu kite2 jer mungkin ok. Kite kan org askar. Tp nnt ade yg bwk anak bini. Nak bwk barang2 lagi...payah. Ok next to Sg. Sendat pulak".

Maka kami berempat pon trus menuju ke arah Sg. Sendat..dan akhirnye pada pukul 2.30, sampai jugak kami di Pekan Ulu Yam. Terpampang di papan tanda jalan..

Sg. Sendat ->

"Kapten, kite dah jumper jalan nak pergi Sg. Sendat. Tapi kite ada masalah" cemas aje Sarjan bersuara.
"Aper masalahnye. Kan die tulis kanan. Masuk je lah kanan." marah Kapten.
"Tp Kapten..ade 2 jalan lepas kanan. Yg mane satu ni??" terang Sarjan.

Aisehman...

Lalu Radioman pon memberi cadangan "Kapten, kasi aku tanye kat cina2 kat kedai tuh..". Tp malangnye lepas tanye, seko cina pon tatau. Diorang pon org luar jugak rupenye..hahahaha, buang karan saja.

Akhirnye dengan berkat intuisi dan analitikal Kapten, akhirnye kapten bersuara...

"Ok Sarjan. Ko ikut jalan masuk yg pertama"
"Tapi Kapten..." sarjan cube melawan..
"Jgn byk cakap. Buat je. Aper2 terjadi, aku akan bertanggungjawab." tegas Kapten.

Masuklah kami jalan yg dipilih kapten tuh...eh aku lah kapten..sori. Akrhinye kami sampai di dalam kawasan perumahan, yg mana kebanyakannye tak berpagar. Ah sudah..kalu salah malu aku nnt.

"Camne Kapten? ni kawasan rumah ni..." tanye Radioman.
"Emm..."
Tetibe Org Asli Bukit Tabur, Nizam, yg drpd tadi senyap pasal rindukan kampung halaman, bersuara...
"Tapaaa tapaaa. Meh aku tanye india dkt situ. Jgn risau".

Maka pergilah Org Asli bertanyekan tpt. Sekejap2 india tuh angguk2, sekejap2 Org Asli pulak angguk2. Kendian tangan lak berhayun2, sekali imbas nampak mcm diorang tgh main tai-chi.

"Ok, itu india cakap camni sarjan. Ko folo jer instruction aku yaa" kata Org Asli.

Kami pon ikutlah aper yg Org Asli ckp, jalan kecik, jalan bersemak, jalan perumahan, habis sumer kene redah. Kapten dah mula rase tak sedap hati.

"Btol kapten. Td india tu ckp, kalu mau pergi mandi2 sg. sendat, ikut jalan ni. Kite pon dah separuh jalan ni. Kawasan ni mcm dlm hutan..so btollah kot. Aper tindakan seterusnya Kapten??" Org Asli tanye.

"Radioman, pergi tanye native kat sini. Haa..tanye brother yg duduk atas motor bertuala tp tidak berbaju tuh..." arah Kapten.

Turunlah Radioman dan Org Asli menuju ke arah Native Ulu Yam tuh.. sekali lagi adengan hayun menghayun tangan dan angguk mengangguk berlaku. Agak lame aa diorang diskas. Pastu balik semula dua org ni ke kereta.

"So amcam??" tanye Kapten.
Radioman menjawab.."Tah laa kapten, aku mcm tak paham sangat aper die kate..."
"Ko ni Taufik, name jer radioman, tp takkan itu pon tak dengar??? Ke ko layan te*t*k brother tuh?????? Cis celake ko ghey...." kate Kapten. Tersipu2 Radioman Taufik...blushing lagi..demmit laa.

Kendian Org Asli Nizam mencelah "Tapaaa tapaa (takper2), aku dengar tadi. Aku pon org asli jugak. Bahasa kami lebey kurang aje. Die kate kalu kite trus, mmg sampai laa sungai sendat tpt mandi2, tp sungai ajelah. Kalu nak air terjun, kite kene masuk jalan yg tpt tanye cino2 td. Tp die kate jalan tanah merah lah".

"Emmm..........." Kapten mengurut2 dagu..

2.45, kami membuat keputusan utk berpatah balik ke jalan masuk kedua. Mungkin btol laa jalan yg kedua tuh masuk ke air terjun, sbb mcm tak develop sangat. Dlm perjalanan lepas masuk jalan kedua, kami lalu beberapa perkampungan. Perkampungan org cina, dan perkampungan org asli. Setibanya kami di perkampungan org asli..ade dua cabang jalan. Satu jalan ber tar, satu lagi jalan tanah merah.

"Haaaa, inilaa jalan tanah merah org2 tadi dok ckp" sorak Org Asli.

Masya allah...igt sikit2 jer tanah merah. Rupenye berlekuk2. Lubang tahap gaban. Boleh menyuruk dlm lubang tuh utk take cover drpd serangan musuh. Tp Sarjan memberi cadangan utk meneruskan juga perjalanan, alang2 dah sampai, biar sampai basah seluar dalam. Heh..btol jugak.

"Ok..jalan terus. Kite tgk sejauh mana tanah merah ni boleh menggugat Belalang Tempur WX 8000 special Edition TRF Dual Power I/O Engine" yakin je Kapten.

Maka menongkah lah kami berempat jalan tanah merah tuh. Agak mencabar sbb mase tuh hujan dah turun...walaupon rintik. Ade antara lubang2 di jalan yg dah ditakungi oleh air, menyukarkan lagi keadaan. Tp alah bisa tegal biasa, alah dah sampai pergi jer laa...

Dlm 20minit lepas masuk drpd jalan tanah merah tuh, kami terjumper satu kwsn mcm perumahan ala-ala Ayah Pin. Siap ade Patung Rimau, dan mcm2 lagi. Huh? Ayah Pin bukak base kat Ulu Yam ke plak??

"Kapten! Kite ada masalah!" teriak Sarjan.
"Aper pulak...sile SITREP" arah Kapten.
"Kat depan tuh ade tanah berlecak. Lecak sangat. Aku takut kete kebal ni tak lepas je" beritahu Sarjan.
"Tapaaa, tapaaa, aku boleh tolong tgk situasi. Korang tunggu jap" tetibe Org Asli mengvolunteer. Aik, aktif la plak. Mentang2 dah masuk kawasan hutan, back to nature lah kot.

Selepas beberapa minit kami bingung camne nak lintas..tetibe ade sorang Sikh lalu naik motor..cepat2 Radioman tahan utk bertanye..

"Machaa, ini btol kaa jalan mau pergi Air Terjun Sg. Sendat??"
"Btol laa. Korang jalan terus nnt jumpe lah. Hujan2 pon mau mandi ka???? BALIKLAAAA" tetibe jer Sikh tu marah kitorang. Hampeh siot.

Tp semangat kami kental. Sekental Askar Wataniah 86 (aku pon tatau apsal name askar tuh camtu..). Radioman Taufik puas membuat calculation, sementaraOrg Asli memijak2 tanah merah berlecak tu utk mengecheck kedalaman.

"Orite Sarjan. Boleh ni. Ko buat camni.." kendian Org Asli pon ajar laa Sarjan camne nak lepas.

Lepas bersusah payah, akhirnye kami berjaye melepasi halangan pertama. Seronok laa. Kami teruskan perjalanan, tp yg herannye, apsal tak sampai2 lagi. Rase mcm dah lame giler jalan. Mau ler 45 minit dah.

Tetibe hujan makin lebat. Mmg lebat sampai kereta kebal terpakse jalan slow bangat. Susah loh ini mcm. Tp Sarjan tetap insist supaya kami sampai di kawasan air terjun...

Dan tiba di satu selekoh berbukit (dlm 5% kecuraman)...jalan yg sempit tuh, tetibe 2 bijik traktor drpd arah berlawanan nak lalu. Sarjan mule gelabah. Jalan dah ler licin.. sempit. Nak taknak kami terpakse reverse kete. Dlm 10meter jugak laa terpakse reverse utk memberi laluan.

Lepas reverse kete, hujan makin lebat. Drpd pemerhatian kami, mcm agak sukar nak lalu dengan kereta. Sumer org dah mengeluh...tp semangat masih berkobar2.

"Org Asli..."tetibe Kapten bersuara perlahan..
"Ye tuan?"
"Ko boleh gi scout jalan depan lepas selekoh tuh tak? Aku takut kalu makin teruk, kite takleh teruskan. Baik kite patah balik jer.." tanye Kapten.
Tup2, trus aje si Org Asli ni menanggalkan pakaian kasualnye, hanye tinggal singlet apek dengan boxer cabuk. "BOLEH TUAN!", seraya kuar drpd kete dan meredah hujan lebat.

Dalam kereta..
"Bagus btol org asli ni.." kate Radioman.
Sarjan pon menyampuk.."Nasib baik aku bwk budak ni. Kalu tak naya dah kita".

Di luar, dlm keadaan hujan lebat...Org Asli tetibe berhenti dekat semak2, tak jauh drpd kereta.

"Aper die nak buat tuh?" tanye Sarjan.
"Oiii, jalan terus..bukan soh berhenti" jerit Radioman. Alah..mcm die dengar jer ko jerit2 dlm kete tuh Taufik.
"Emm...kite tunggu dan lihat.." kate Kapten dengan tenang dan cool.

Di kejauhan..Org Asli nizam seperti mencarik sesuatu dlm semak. Tetibe die amik satu mende dlm semak. Nampak mcm daun. Aper die nak buat. Ohhhhhhhhhhhhhh, rupenye die buat topi, utk kaver kepale. Waaa...bagus btol Org Asli ni. Tau lak camne nak survive dlm hutan.

Kendian berlari2 anak laa Org Asli tuh, melepasi selekoh, dan tak nampak dah kelibatnye. Lame jugak kami menunggu dlm kereta. Sambil2 berborak2 kosong, lepak2. Dlm 15 lepas tuh, Org Asli datang ke kete.

"Sarjan! Radioman! Kapten! kat depan sane boleh jalan lagi. Sikit jer. Tp lecak laa. Kene hati2 sket. Tp aku rase boleh tuh. Camne?" jerit Org Asli di luar kete. Kami hanya bukak tingkap sket jer supaya dpt dengar. Huhuhuh.

Mendengar laporan Org Asli tuh, Sarjan pon bersuara...

"Kapten. Permission to Speak!"
"Permission Granted. aperkah?"
"Aku rase boleh lagi ni.."
"Emm..."

Tetibe ade sorang apek ni lalu dengan motor nye. Cepat2 Org Asli Nizam tahan. Dah ler dlm hujan. Lucu tgk Org asli berborak ngan Apek Asli. Lepas beberapa minit..

"Aiseh Kapten. Kalu teruskan, nnt sampai jugak kat jambatan nak gi air terjun. Tp apek tuh kate tadi, jambatan tu dah rosak. kene jalan kaki..10 minit pon tak tentu sampai lagi".

"Yer ker??? Dah2 jom aa kite patah balik...dah kol 3.40 nih. Buang mase sungguh." kate Kapten.
"Aku stuju dengan Kapten. Lagipon jalan camni licin. Takde traction..blablablabalbla" terang Sarjan pasal perihal kereta.

Mase nak pusing keluar, tayar sangkut dlm tanah lak. Terpakselah kami sekali lagi bertungkus lumus utk melepaskan diri drpd tanah lembik tuh. Berpeluh jugaklah..

"Sarjan....damage report.."
"Kapten! damage takde...tp kete ni mmg kotor giler lah..hgahahahaha".
"Haih...penatler aku nak menyental kete..sg.sendat sungguh!" keluh kapten.

Lepas tuh kami terpakse amik lagi 20minit utk kuar drpd jalan Tanah Merah ke jalan besar. Biler dah sampai, dlm pukul 4 lebey, nak pergi scout tpt lain pon tak sempat. Memandangkan situasi dah camni, Sarjan mencadangkan kami pergi je kat tpt mandi biase sungai Sendat. Just utk memuaskan hati yg duka lara..

Akhirnye kami sampai jugak di kawasan perkhemahan sg. sendat. Tak best sgt ler. Boleh lah. Air keroh sbb baru lepas hujan. Sepatutnye takleh mandi, tp bbdak ni belasah gi mandi.

"Bbdak, makan dulu jom. Drpd kol 1 lagi nasik ni. Lapar giler.." arah Kapten.

Maka duduklah kami berempat makan nasik, sambil2 dihinggapi nyamuk..erk AEDES! konfom, sbb berbelang2 putih hitam. Tp dah lapar sangat..belasah jer. Kapten agak cuak, tp die cuba buat2 cool depan anak2 buah. Lepas makan, bbdak ni belasah mandi air sungai keruh tuh. Lepas geram aa gamaknye.

Radioman Taufik datang dekat aku.."Kapten, sini ok ker?"
"Takleh ni..kawasan die kecik...lagipon air sampai keting kaki je. Tah ler, aku rase sini tak sesuai. Emm..takleh2" terang Kapten.

Sbbkan hari makin petang, maka kami pon terpakselah balik dengan hampa. Bbdak ni siap mandi bilas bogel lagi dlm bilik air yg tersedia. Tp Kapten tak join sbb Kapten tak mandi sungai. Alhamdulillah terselamat drpd nampak hutan khatulistiwa di badan manusia...

Sampai di rumah Kapten, kami singgah kedai mamak utk sesi post-mortem. Nampak gaye kene gi scout lagi...kalini mungkin kat Sg. Gabai, di Ulu Langat pulak.

Begitulah report recce kami...sorilah kalu panjang. Nak sangat report, amik kau. Hahahahahaha.

NEXT EPISOD! SCOUT DI SG. GABAN..eh SG. GABAI.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?